Thursday, 8 December 2011

SYUKUR ALHAMDULLILLAH

Bersyukur kepada Allah Subhanahuwataala di atas segala nikmat yang diberikan, cukup makanan, pakaian, tempat tinggal dan boleh berbelanja sedikit untuk melancong dalam negara sempena cuti sekolah.

Bersyukur kepada Allah Subhanahuwataala kerana masih bernafas dan menikmati kehidupan di dunia dan diberikan masa untuk menambahkan pahala beribadah dan bertaubat.

Bersyukur kepada Allah Subhanahuwataala di atas keizinanNya untuk menuntut ilmu dunia dan akhirat.

Bersyukur kepada Allah Subhanahuwataala kerana masih boleh lagi bersedekah walaupun sedikit.

Bersyukur kepada Allah Subhanahuwataala kerana masih sihat dan boleh bekerja dan membantu ahli keluarga yang lain.

Bersyukur kepada Allah Subhanahuwataala kerana dilindungi dari termasuk dalam kumpulan manusia yang maksiat.

Bersyukur kepada Allah Subhanahuwataala kerana dikurniakan keluarga yang dilindungiNya.

Bersyukur kepada Allah Subhanahuwataala kerana kiblatku ialah Kaabah.


SYUKUR ALHAMDULLILLAH!!!

No comments:

Post a Comment