Thursday, 22 December 2011

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Syukur Alhamdullillah dipanjatkan ke hadrat الله SWT di atas segala nikmat dan pengajaran yang dikurniakan.

CUEPACS berjaya membawa JPA ke meja rundingan setelah bertemu PM hari ini dan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan perlaksanaannya. CUEPACS sebagai badan yang menjaga kebajikan penjawat awam amat perihatin tentang kebajikan ahlinya. Jadi sebagai balasannya, penjawat awam hendaklah bekerja bersungguh-sungguh, penuh keikhlasan, tidak mencuri tulang, tidak melanggar peraturan dan melakukan penipuan, jauhi rasuah kerana rasuah itu satu dosa. Bertaubat sementara masih berkesempatan atas nyawa diberikan الله SWT.

No comments:

Post a Comment